11 November 2009

Gambar Lama...

Gambar lama..hahahaha! muka masing2 suci tak hingat...hihi. Gmbar ni aku jumpa balik masa kemas kat umah mnggu lepas. Keadaan gmbar ni pun dah xbape elok. Umah aku penah msuk air, abis album aku terapung! Walau apa2 pun..kenangan ngn korang tak penah luntur dr ingatan aku..hehe!



p/s: korang kalo nak tgk...tgk jek...gelak jangan! hihi







dari kiri: hawa, ujie, aku, yati...2000...KFC (jamuan kelas)







dari kiri: aku, hawa, ewin, ina, zetty, anne, mas








aku & hawa..1999...form 4







dari kiri: hawa, aku, ina, pae...kat bus stand bt pahat....blik dr jamuan kelas...hihi






Gmbar yg pertama tu..hawa n ujie dah kawin, yati plak insyAllah 21/11 ni akn mlangsungkan perkhwinan dia..aku jek yg solo lg! hihi






Gmbar yg kedua... Semua dah KAHWIN! Tapi aku tak keseorangan...mas xkawin lagi! hahaha




Gmbar yg pki bj skolah tu... "aku tak sangka la wer ko dh kawin!!"




Gmbr yg last tu...tinggal aku ngn pae jek yg msih solo...huhuhu!






p/s: Nanti, time aku blik kmpung..aku selongkar lagi..carik lagi..hihi!




--------------------------------------------------------




04 November 2009

GantunG

....lately aku suka dgr lagu "gantung" dr Melly Goeslaw ..lagu dah basi..tp aku suka..bila aku ckp ngn kakak aku yg lagu ni mcm cite aku..dia nyer komen bleh thn pedas la.."yg ko gi tggu wat aper?"..kata2 kakak aku dismbut dan disokong oleh adik aku! korang xpaham laaa...sbb aku pun xpaham perasaan aku ni...

...td aku kol kwn lama..yg dah lama xkol..hmpir 4 tahun la..

'mama, spnjang kita tak contact ni, xkan xder boyfren?'
'xder la kak'
'memilih?'
'tak lah kak,kalo nk memilih pun,kena lah ada brgnya'
'xkanlah xder'
'xder..tp kt tgh tggu sseorang'

wat the heck! aku pun xpasti sama ada prkataan 'tgh tggu sseorang' tu dtg dari hati atau skadar nak ttup cita aku dah ader boyfren blom.. i'm not so sure! mcm mana lah org lain nak paham aku..kalo aku sndiri xphm ngn hati & perasaan aku ni!

...aku xkan brptus asa untuk trus brdoa=)

jom layan lirik lagu ni....

ku harus menemui cintaku
mencari tahu hubungan kita
apa masih atau tlah berakhir

kau menggantungkan hubungan ini
kau diamkan aku tanpa sebab
maunya apa? ku harus bagaimana?
kasih…

(Chorus)


sampai kapan kau gantung cerita cintaku
memberi harapan
hingga mungkin ku tak sanggup lagi
dan meninggalkan dirimu


detik-detik waktu pun terbuang
teganya kau menggantung cintaku
bicaralah biar semua pasti

kau menggantungkan hubungan ini
kau diamkan aku tanpa sebab
maunya apa? ku harus bagaimana?
kasih…

(Chorus)

gantungnya hubungan cintaku
membuatku sakit
hingga mungkin ku tak sanggup lagi
dan meninggalkan dirimu


...aku suka ayat yg dimerahkan tu...hihihi!
bila ek aku bleh BLAH jek dr ingat diri dia????
Allah lebih mngetahui..Wallahualam

23 October 2009

Sifat wanita yg perlu lelaki tahu.






Aku dapat 'benda' ni dr seorang kenalan..saje nak share ngn korang. Time aku baca, mcm2 bnda yg wat aku pikir..ni lah aku! Org bg srh baca..baca jek la! Tok sah la nak dok pikir2 plak!



"Pikir tu simple sikit bleh tak?", ayat feveret leader aku! hihi.

"Ko tu yg suka pkir bukan2!',yg ni ayat besfren aku plak!huhu



Salah ker aku brpikir? Lantak korang lar...hehe!

Jooo00mm kita layan "benda" tu kat bawah ni-----------







1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
Fiza: tough btul ‘wanita’ yg mcm ni..spnjang 26 thun aku hidup, xpenah aku sedih tnpa kluarkan airmata! Bkl suami aku kena btul2 ‘tough’ la..hihihi!

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
Fiza: MAAF pastu wat mcm xder bnda yg brlaku! dasar LELAKI..xkuasa nk layan..huh!

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).
Fiza: Xpenah la rs putus hati@cinta..tp aku stuju ngn statement ni. Stuju sgt2!

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
Fiza: Sekiranya AKU jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikiranku walaupun ketika aku sedang mncuci pnggan,mngemas rumah..plig truk pun smpi msuk mimpi.. Hahahaha!

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!
Fiza: We will see..one fine day!hihi


6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.
Fiza: ckp terima kasih sudaaah..

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diriwanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.
Fiza: Ya betul!


8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.
Fiza: Statement ni pun aku suka gak!

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
Fiza; Luahan perasaan yg slalu aku buat ngn kwn baik aku..luahan yg kdg2 terluahkan perasaan! Haha..


10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.
Fiza; Lelaki tu yg sbnarnya TAK guna..

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
Fiza; kalo aku bleh jadi giler..serius brtmpat la wei! 24 jam nak serius, skit ke aper??

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.
Fiza:I think it’s me.. Hahahaha!!


13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan.
Fiza; Senyum tu kan satu sedekah…biarlah lelaki tu snyum pun…hihi!


14. Jika kamu menyukai sorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.
Fiza; …kerana shbat bleh brkongsi sume cerita@ msalah!


15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.
Fiza; Bunga bukan sekuntum..carilah org yg boleh hargai diri kita…cewah!


16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu, teruskan usahamu untuk memikatnya.
Fiza; TAK guna btul pompuan camni..jgn lah di wat main2 prasaan kaum adam tuuu..


17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!
Fiza; Don’t assume!


18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.
Fiza; Aku TAK suka statement ni..ALLAH adalah sebijak2 perancang!


19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis, cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.
Fiza; TAK payah! It looks fake, u’know! Biar ‘romantik’ tu dtg dr HATI..tlg ar ikhlas dlm stiap prbuatan..


20. Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.
Fiza; Aku dpt rasakan aku mcm tu! Haha


21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!
Fiza; TAK ader ‘bekas’ yg perlu diingat..


22. Satu ucapan �Hi� sahaja sudah cukup menceriakan harinya.
Fiza; ye ker?? Pndpat masing2 kann…


23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
Fiza; seorang yg ceria mcm aku..biasanya mnangis dlm hati…cewah! Hihi..


24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.
Fiza; Mmg celaka(maaf kurang sopan!)


25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa
sebarang kompromi.
Fiza; Cinta adalah pnyatuan 2 jiwa..pelengkap antara satu sama lain..pasangan yg bertemu di dunia dan bercinta semula di akhirat.


26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..
Fiza; Cinta sepenuh hati yg bawa kebahagiaan di dunia & akhirat.


27. Senjata wanita adalah airmata!!
Fiza; Aku bosan ngn tangisan..tp aku mmg dilahirkan didunia sbgai insan yg mudah mngalirkan airmata..huhu!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.
Fiza; Kalau trjadi kat aku..msti aku nangis kegembiraan! Nangis lagi…bosan btul! hehe

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So, kalau nak memikat wanita pandai-pandailah�
Fiza; Lumrah manusia..baik lelaki mahupun pompuan.


30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.
Fiza; CINTA itu biarlah IKHLAS..bukan paksaan!

15 October 2009

Memilih @ no choice???



Doa pilihanku...


"Ya Allah... Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku. .. Di dunia dan di akhirat... Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini.... Jangan engkau biarkan aku sendirian... Di dunia ini mahupun di akhirat.... Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran. .. Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman... Supaya aku dan dia sama2 dapat membina Kesejahteraan hidup... Ke jalan yang Engkau redhai... dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh...."


aku smbung lagi...


"Ya Allah ya tuhanku... Pasrahkanlah aku dengan takdirmu... Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan... Adalah yang terbaik buat ku.... kerana engkau maha mengetahui.. . Segala yang terbaik buat hamba Mu ini... "

Amin.. Ya Rabbal A'lamin. .




-----------------------------------------------------

Hari ni aku dpt 2 pnggilan telepon..sorang umur 21 thn, perempuan,single dan sorang lg suami orang. Bukan mslah umur atau jntina mahupun status dyorg yg aku nak sntuh kat sini..cuma pnggilan dr mereka tadi,pd hari yg sama plak tu...mmbuatkan aku trpikir...



Memilihkah AKU???


(xckup ngn bold aku merahkan skali kaler ayt tu!hehe!!)



Panggilan Pertama


F: Blk BP tak kak?


Aku: Xtau lg la..pe2 hal tggu adik akk..duit pun kena tgk gak ni..hehe!


F: Dah start smpan duit eh kak?


Aku: Mestilah..kata nk kawin! (dgn nada brgurau)


F: Tau..saje jek tnya..ngan saper ek?(nak kenakn aku blik!)


Aku: Hehehehahaha!


*dgn hany ketawa..aku dihadiahkan ngan satu nasihat yg pnjang lebar..dr bdk bwh umur!


F: Kak, ko jgn memilih kak...umur tu dah 26..taun depan 27..bla..bla..bla..(xsanggup aku nk tlis kat sini...hehe!)


Aku: Sape plak yg ckp akk memilih ni? Dah xder org ckp suka kat kita..xkan nak pksa org2 tu suka kat akk plak.


F: Abis tu akk ader suka kat org tak?


Aku: Seorang prmpuan yg normal...mstilah ader dik..


F: haaa apalagi...bgtau jek la kat dia...takpun bg 'hint' ker..


Aku: Akak ke yg kena start? ermmm...xpela.


F: Abis tu?


Aku: Akk tggu llaki tu yg start dulu! That's it!

*...dan mcm biasa, sbgai seorng yg pakar...aku pun tukar topik...hihihi!



Panggilan Kedua


Panggilan ni aku yg buat...nak brtnya kabar kwn aku yg baru mlagsungkan prkahwinannya sabtu lepas.. Selang bape mnit brckp ngn kwn aku tu..aku ckp plak ngn laki dia..


Aku: How's y0ur life? Camner hidup brdua?


T: Piza kena kawin dulu la...hehe! Dlm proses mnyesuaikan diri lagi ni..yelah, dulu sorang jek, skrang brdua..


Aku: InsyAllah boleh bang..


T: Piza bila? Bila nak rasa ns mnyak ni?


Aku: hihi...tgh doa la ni..berserah pd Tuhan Yang Esa...hihi


T: Jangan memilih sgt piza..kalo ader depan mata..yg baik..watper nak tggu lama2?


Aku: Ade ker? Saper? Bgtau skit.. (Aku dgr sore bini dia ketawa kat blakang..suka la tu aku kena basuh ngn laki dia!)


T: Piza bagi lah respond...


Aku: Sudahhhh..

*...dan sperti biasala..topik "aku nk kawin bila' telah brjaya aku tukarkan ke topik yg lain! hehehe



--------------------------------------------------------



"Memilih" satu prkataan yg sukar nak ditafsirkan


Pemilihan yg tepat dpt mnjamin kebahagiaan didunia & akhirat


Pilih lah kamu dr golongan yg beriman


Semoga Allah memberi petunjuk bg ku


Agar aku dpt bertemu dgn pasangan hidupku


Kalau perasaan ku sukar nak di mengertikan..


Aku berserah pd Yang Berkuasa..


Dia lebih bijaksana..


Dia lebih mengetahui..apa yg terbaik untuk hamba2Nya..


Yang Terbaik untukku di Dunia & Akhirat

07 October 2009

aku ada payung...kamu?




Have you ever walking down the street during rain without using an umbrella? Everyone should have once and should end up wet. If you are not getting cold on the next day, then you are lucky. (Kalau aku kena ujan..esok dah tak pi keja..kpala berat cam kena hempap batu! Tp biasanya aku gi keja gak..demi sesuap nasi…hehe!)


Its so simple, thats what will do if you are not using a protection. And its just a rain, how about if you are not using protection in more dangerous and harmful situation? Even my self didn’t want to imagine that. Tak Sanggup! Bkn stakat mnyusahkan diri sendiri, tp org lain trkena gak tempiasnya..sian kat MAK & ABAH aku..isk isk!


Well folks, the hard fact about the whole story above is simple, without protection you could endangered and risking your self from any misfortunes that may occur anytime.


Pepatah Melayu pun ader ckp..”Sediakan Payung Sebelum Hujan”




DON’T
:
:
:


1. Dah hujan br sibuk nak cari payung

2. Tak hujan lg, tp dah renyai2..tu pun wat dek jek!

3. Org lain sibuk beli payung..kita dok tengok jek!

4. Payung dah beli, tapi tak penah dibelek2, @ nak diteliti..



Thats why people invented insurance, this is a thing that will covered and protect us due to bad circumstances.

We couldn’t be sure when we will get sick, being forced to lay down our job or even worse, who will taking care of your family if you suddenly passed away?


Although, no one like to talk about misfortunes and bad thing in the future, but its happen and its a real deal. If you are kind or person that not yet aware about the importance of being protected, than you must start thinking about it seriously.

Tolong ar pikir....


p/s Actually, idea ni dtg dgn tiba2..pentingnya insurans..nak aku ckp lg ker? Xyah la..majoriti dah tau..tp majority jugak yg xtau tp pura2 tau..xpela..tu hak individu..tp pd aku insurans@takaful tu teramatlah penting! Sebab pd aku INSURANS IS ALL ABOUT LOVE! (my future hsband pun kena sama pndpt cam aku ni!hihi)




* kalo tak malam ni…mybe esok aku smbung..aku nak elaborate lg psl ‘DON’T’ tu…

-----------aku kena smbung keja ni-------------

06 October 2009

...di mana kamu ya ranting???








Cite yg aku baca...n trpikir akan kelogikannya...hehehe! Lg 1, jgn lupa klik website kat bawah tu..aku mmg trpikir nak bli eb0ok tu...tp nntilah...aku kena cari ranting dulu...ni ranting pun xder..camne plak nak tebang pokok! hihihi! msti korang confius..pe2 hal pun layan dulu cite kat bawah ni..then, br bleh paham konsep ranting & pokok tu...hehe. Slamat mmbaca!
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya...

pelajar: guru, apakah erti cinta..? bagaimanakah saya boleh mendapatkannya...?

guru: ada sebuah ladang gandum yang luas didepan sana. berjalanlah kamu dan jangan sesekali kamu berundur. kemudian ambillah satu ranting. sekiranya kamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telah menemui cinta.

~~pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong.

guru: mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun...?

pelajar: saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja, dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur kebelakang semula. sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah ada lagi yg lebih menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu. Tetapi saya dapati tidak ada lagi ranting yang lebih menakjubkan selain dari yang saya lihat tadi. Akhirnya, saya tidak mengambil sebatang ranting pun.

guru : Itu lah CINTA...
--------------------------------------------------------------------------



~~dihari lainnya pula pelajar tersebut bertanya kepada gurunya, apa itu perkahwinan...?

guru: ada hutan yang subur didepan sana. berjalanlah kamu. tapi janganlah kamu sesekali mengundur kebelakang. tebanglah sepohon pokok saja. dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yang paling cantik,segar dan tinggi.

~~pelajar tersebut pun berjalan, dan tidak berapa lama, dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut.

guru : mengapa kamu memotong pohon seperti ini....?

pelajar: sebab, berdasarkan pengalaman ku sebelum ini, aku takut akan kembali dengan tangan kosong. Lalu,aku hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan terus mengambil keputusan untuk menebang pokok ini. Yang penting, ianya adalah pohon yang terbaik pada pandangan saya. Saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya...

guru: itulah perkahwinan.......

.
.
.
.
.
.
.
Kesimpulannya... janganlah terlalu memilih, tiada manusia yang sempurna di dunia ini.

Kalau dah dapat yang rasa macam ok jer tu.. rembat je cepat..

Lepas tu, cepat-cepat kumpul duit kahwin dan langsungkan perkahwinan..

Kalu tak cukup duit nak buat kahwin, jangan risau, boleh gi website ni..

http://www.maskahwin.com/index.php?ref=fiza2304

Insyallah, dapat membantu.

05 October 2009

mcm-mcm ada....








Bnyak bnda nak tulis..

Banyak prkara yg bersarang kat kepala ni..

Nak start yg mana satu ek??

Jap..aku pilih dulu..


Haaa dah jumpa! Tulis yg ni la...emmm pnjg sgt la plak citernye..kang ader plak yg ingt aku ni tgh karang cite telenovela..huh!

Search again..aaahaaa! Dh jumpa...tp kan..cam xbest jek...cam bosan jek! haaaa..simpan blik!

Last aku carik ni...aku scan satu prsatu cerita yg aku simpan dgn kemasnyer di otak aku ni...



Akhirnya...


Finally...


Saatnya...
Aku mnyedari....


Aku tiada bakat menulis @ mengarang ayat dgn baik....
Hampeh btul!



Aku smpn blik semua crita tu kat tmpt yg spatutnya. Cukup la tu! Aku taknak hidup dlm kenangan jek! xder bnda yg baru pun..tu sume kenangan!


Disebabkan, aku ni dilahirkan sebgai seorng yg baik hati..so aku tulis jugak la apa yg aku nak share td.. Tp xderlah pnjang2..ckuplah stakat 'Title' ciptaan aku ni..hihi!


-Gegaran kat rumah & Getaran hati aku

-Ada aper ngn gmbar? aku xmntak,dia yg bg.. ingtkan aku 'special'..rupanya org lain pun dpt gak!

-Abah ngn frame air terjunnya..mak ngn kain elanye..aku ngn pahalanya

-Biar ko rasa, ape yg aku rasa...tu pun kalo ko ader prasaan ar..huh!

-Thanks Miss Wawa! Ade saper2 nak sign up insurans ngn aku lg??

-Hawa dah nak kawin...sedih+hepi+teruja+aku pun nk kawin gak!huhuhu.

-Stress!...aku doakan ko cpt2 sembuh yer. Solat jgn tnggal bro! Doa bnyak2 key!

-Aku syg sume kwn2 aku..baik yg kat kmpung, kat skolah, kat UiTM, FSTEP..


Sharing is Caring..kal0 kurang keja es0k, aku smbung...

10 September 2009

terasa..perasa..perasaan..





Aku mudah terasa..
"alaa..ko tu haa yg cepat sgt terasa"...ayt biasa aku dgr...

Aku cepat kecik hati (tp jenis yg simpan..xtunjuk)
"kecik ati la tuuu"...ayt biasa aku dgr...

Aku cepat nangis...
"sikit..sikit nangis..ko ni bleh jd pelakon airmata la"...ni pun dah muak aku dgr..


...ni jek la yg mmpu aku tulis..ader ms nnti aku smbung.. kwn2..smlm dh start 10 mlm terakhir..nasihat utk aku n para pmbaca..tingkatkanlah amal ibadat kita key!

...Jumpa pas RAYA !

27 August 2009

F.R.I.E.N.Dship

Alhamdulillah...
Aku Happy...
Giler2 nyer happy...
Aper yg aku happy sgt nih???...
Nanti ar..
Dah dapat baru aku bgtau...
Esok kot dapat...
Tak sabar...
Excited...
Teruja...
Sabar la wei!!!
Aku yg tak sabar sebenarnya....hahaha!!


....tgn kanan aku ni sengal2..xtau naper..so xleh nk tulis pnjang2...aku upload gmbr2 "friendship" jek la yer..ader ms aku edit..ntah aper2 jek aku ni...haha!! Layannnnnnnnnnn.........



--------------------------------------------------------



---------------------------------------------------------


--------------------------------------------------------------------

Hari ni, 28/8/09, kul 7.30 aku dh siap2 nak trun bwh..sempat aku selak lngsir kat bilik.."ermmm, hujan lg..ader payung ok kot nak redah". Actually dr tingkap blik, hujan yg trun tu xder la lebat sgt..renyai2 jek, tp bnyak.. ader yg kurang phm statemnt aku ni..xper janji aku phm..hehe!!

Amik beg+ novel kesukaanku (trilogi bgikan puteri)+payung..bukak gril+pintu..tutup blik(tu pun nk tulis..hehe!)...pki kasut (hr ni pki sandal jek, flat..senang nk redah ujan)..tggu lift dr tngkat 5..dah smpai bwh...

OMG! hujan dr tingkap blik..rupanya xsama, kalo dilihat dr bawah! Renyai tu betullah..tp lebat gak..ditambah plak ngn berangin! Kalo bwk payung pasar tani tu pun xtentu lg baju tak basah! ditambah nak tggu bas lagi...aduuuh..aku decide..."naik balik la..tggu reda skit, br bleh start my daily journey", kataku dlm ati..hehe!

Smpi2 kat bilik..aper aku buat?? Update ini entry laa..smbil melayan lagu "Teruskanlah" dr Agnes Monica..best lagu tu..tp aku doa, aku tak nk jd cam pompuan dlm lg tu..sedey siot!


kuhidup dengan siapa ku tak tahu kau siapa
kau kekasih ku tapi orang lain bagiku
kau dengan dirimu saja kau dengan duniamu saja
teruskanlah teruskanlah kau begitu


enough..enough..ckup la tu piza!!!..jam dh mnunjukkn pkl 8 ni..kang lmbat2 gerak..alamat ader plak yg amik MC nanti!! hahaha

Smbil mnyelak lngsir kat blik..."ermmm, kureng skit la ujan nyer"..

Pegi dulu ya kwn2! Doakan aku pergi n blik keja ngn selamat:)

20 August 2009

Nawaitu



aku ader niat..aku akn lakukan sehabis baik...aku akn gunakan masa yg ader sebaik mungkin..InsyAllah aku akn berjaya..Amin!

aku ader niat..ku rasa usaha telah ku lakukan..berserah dan bertawakal kepada-Nya...adalah sebaik2 jalan..

aku ader niat...semoga tercapai..pnjgkanlah umur ku Ya Allah..dalam mentaati mu..dan sem0ga ketiga2 niat ku ini, dpt ku capai..

Amin..Amin..Amin Ya Rabbal Alamin...


Niat Puasa:

Nawaitu souma godhin ‘an adaa i, fardhi syahri ramadhaana haadzihis sanati lillahi ta’aalaa


Doa Buka Puasa:

Allahumma laka somtu wa bika aamantu wa ‘alaa rizqika afthartu birahmatika ya arhamarrohimin



Selamat Menjalani Ibadah Puasa

19 August 2009

T.A.U.B.A.T

SEORANG ahli hikmah berkata, Sifat orang yang mengenali Allah ada enam:
jika ia ingat kepada Allah ia berbangga; jika ingat kepada dirinya, ia merendah diri; jika ia melihat ayat Allah (al-Quran) ia mengambil iktibar; jika ingin bermaksiat, ia menahan diri; jika ingat kemaafan Allah ia gembira dan jika ingat dosanya, ia terus memohon keampunan Allah.


Seorang ahli hikmah lain ketika ditanya: "Apakah tanda taubat diterima Allah? Jawabnya, ada empat tanda iaitu:
putus hubungan dengan kawan yang tidak baik (jahat) dan bersahabat dengan orang salih; menghentikan maksiat sebaliknya rajin melakukan perintah Allah; hilang rasa kesenangan dunia di hatinya, lalu selalu ingat kesusahan di akhirat; percaya jaminan Allah dalam soal rezeki, lalu sibuk mengerjakan perintah Allah.


Abul-Laits Assamarqandi berkata, dosa ada dua jenis iaitu antara kamu terhadap Allah dan dosa kamu sesama manusia. Dosa antara kamu dengan Allah terlepas dengan tiga syarat taubat iaitu menyesal dalam hati; niat tidak mengulangi kesalahan dan membaca istighfar dengan lidah.

Sesiapa yang melakukan tiga syarat itu, Allah ampun dosanya sebelum ia bangun dari tempat duduknya, kecuali jika ia meninggalkan fardu diwajibkan Allah. Selepas ia menunaikan fardu diperintah lalu menyesal dan beristighfar, Allah mengampunkan.

Namun jika dosa kamu sesama manusia, selagi mereka tidak memaafkan atau menghalalkannya, tidak berguna taubat bagimu.
Sumber Abullaits Assamarqan dalam buku, Tanbihul Ghafilin
-----------------------------------------------------


Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan..


"Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat , dan dilakukan pada hari Jumaat.

:

:

:

Oleh itu kpd sume pembaca...aku nak mohon ampun dan maaf, sekiranya tulisan ku di blog selama ini, ader mengguris mana2 perasaan. Aku manusia biasa, yg tak lari dr melakukan kesalahan, baik yg aku sedar @ yg tak sedar..Ampunkan aku yer!

Kepada kawan2...baik yg kat kampung,kwn2 sekolah,kwn2 UiTM,kwn2 FSTEP, kwn2 Prudential, kwn2 YM, kwn2 blogger, kwn2 lama, kwn2 baru...saper lg?? saper2 la yg anggap aku ni kwn dyorg... Aku nk mintak maaf dr hujung rambut smpai hujung kaki, di ats semua kesalahan yg aku pernah lakukan dengan sengaja @ tak sengaja. Aku ni orgnyer bnyk n suka bercakap...tak mustahil, dlm bnyak2 yg aku bebelkan tu...mesti ader yg terkasar bahasa, terguris perasaan saper2 yg mendengarnya.... Aku intak maaf yer!! Maafkanlah aku..."from bottom of my heart"

----------------------------------------------------

InsyAllah Sabtu ni, kita start berpuasa..selamat berpuasa sume!

Allah menyebut secara khusus dalam al-Quran, Ramadan adalah bulan yg amat istimewa kepada umat Islam kerana malam dan siangnya menyajikan pelbagai keberkatan. Oleh itu, Ramadan bulan mulia yang sewajarnya ditunggu dengan penuh kegembiraan.


12 August 2009

12.8.2009




6.15 a.m: Bangun cam biasa la..mandi..solat

6.50 a.m: Hujan..pikir punyer pikir..aku decide..aku trik slimut blik smbil set alarm kul 7.30..

7.20 a.m: aku bngun sblum smpat alarm aku brbunyi..mata aku mmg xleh tido pas subuh..kecuali ari cuti la:)

Perjalanan aku untuk ari ni, sama cam hr2 yg biasa la..tggu bas..putra..monorail...Smpai2 jek kat BB..aku tak trus gi opis..singgah bli ns lemak dulu..

Budk ns lemak: pagi kak
Aku: pagi
Budk ns lemak: e'eh..cam ayat2 cinta jek..comel..hehe!!
Aku: muka jawa arab la ek..heheh!!

....aku strt pki mask ni, lbh kurang sminngu dah..tp bdk ni, br arini perasan.. Ayat- Ayat Cinta la..hehe! Masa beli ns lemak tu..smpat aku pesan, suh dia jg kesihatan n minum air msk banyak2! Kalo kita xjaga diri sndiri, sape lg la nak jaga...Korang pun kena wat benda yg sama.. Wabak H1N1 ni, semakin menggiler skrg ni! Kalo nak kluar, especially kat tmpat yg rmi org..aku sarankan baik korang pki mask..

Rimas? alaa..sekejap jek..2,3 ari dh biasa da.. Buruk? kalo dah sakit, lg buruk muka kita tu..jwpn aku, bila prkataan rimas and buruk tu disentuh dlm konteks pemakaian 'mask'..(ayt tu agk skema..hehe)

"Prevention is Better Than Cure"..ayat yg aku bg bila slh sorang staff kat sini tnya naper aku pki mask?? Malas nk jwb pnjang2..malas nk ckp yg aku ni ader asthma skit...malas nak ckp yg aku ni pentingkan ksihatan! haha..poyo..poyo! Soklan yg tak patut aku jwb sbenrnya! Tp xperla...mybe dia tak tgk brita kot..musykil2x..

Oleh itu ye kawan2..suka aku nk tekankan kat sini..."Ingat 5 Perkara Sebelum 5 Perkara"

  1. Ingat Sihat sebelum Sakit,
  2. Muda sebelum Tua,
  3. Kaya sebelum Miskin,
  4. Lapang sebelum Sempit,
  5. Hidup sebelum Mati.


* Sebelum aku akhiri posting tuk arini..jadilah salah sorang dari 900,000 org yg telah memiliki Kad Perubatan dari Prudential BSN Takaful:)






07 August 2009

Beautiful Hadith



A Beautiful Hadith


Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'When a man dies and his relatives are busy in funeral, there stands an extremely handsome man by his head. When the dead body is shrouded, that man gets in between the shroud and the chest of the deceased.


Thereafter he turns to his dead companion and says, 'I am the Qur'an, which you used to read, sometimes in a loud voice and sometimes in a low voice. Do not worry. After the interrogation of Munkar and Naker, you will have no grief.'


When the interrogation is over, the handsome man arranges for him from Al-Mala'ul A'laa (the angels in Heaven) silk bedding filled with musk.

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'On the Day of Judgement, before Allah, no other Intercessor will have a greater status than the Qur'an, neither a Prophet nor an angel.'


Please keep forwarding this 'Hadith' to all ....because…
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said:

Pass on knowledge from me even if it is only one verse'.

May Allah bestow this favour on all of us.

------------------------------------------------------------------

Hadis yang Menarik

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata,

Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'

Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kasturi.

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'

'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.'


----------------------------------------------------------------------
:
:
:
:
:
:

29 July 2009

Gerhana..satu petanda?



Salam to everyone...

Hari ni KL sejuk...hujan pas Subuh tadi...just like I've always said to my fren..cuaca camner skalipun, keja mesti diteruskan, demi mncari sesuap nasi..sedey kannn??? hehe... back to my story...

Menu breakfast aku hr ni, mcm hari2 sebelumnya la.. Nasi Lemak RM 1.20. Time tengah brekfast tu, aku selak2 paper smlm..terus mata aku tngkap satu artikel ni.. Tajuknya, "Gerhana Matahari Satu Peringatan".. Aku nk share cerita yg aku baca ni....


----------------------------------------------------



Belum pun berpisah dgn Bulan Rejab yg mengingatkan kita tntang kekuasaan dan keagungan Allah melalui peristiwa agung Israk dan Mikraj, kita bertemu pula dgn peristiwa Gerhana Matahari yg menyaksikan satu lg tanda kebesaran dan keagungan-Nya.

Ketahuilah, bahawa kejadian gerhana ini dijadikan oleh Allah bg menakutkan hamba2-Nya dan mengingatkan mereka tentang kebesaran-Nya.

Di dalam Hadis yg diriwayatkan dr Abi Bakrah r.a, NAbi S.A.W bersabda : "Sesungguhnya matahari dan bulan itu merupakan 2 tanda dr tanda2 kebesaran Allah Taala. Matahari dan bulan itu tidak menjadi gerhana kerana kematian seseorang @ kelahiran sseorang, tetapi Allah menakutkan hamba2-Nya dgn kedua2nya"


Adalah wajar kejadian gerhana dianggap sebagai suatu peristiwa yg menakutkan, kerana tida siapa pun yg mengetahui apa yg Allah kehendaki drpd kejadian gerhana ini.


Namun, cukuplah sabda Rasulullah SAW dlm khutbahnya mengenai kejadian gerhana ini : "Wahai umat Muhammad! Demi Allah! Sekiranya kalian mengetahui apa yg saya ketahui, sudah pasti kalian akan ketawa sedikit dan banyak menangis."

Diriwayatkan, bahawa seorang Ahli 'Arifin bernama Tawus, apabila melihat kejadian gerhana matahari, beliau menangis ketakutan hingga hampir2 menemui maut. Katanya: "Matahari itu lebih takutkan Allah dari kita".

Hadis yg diriwayatkan oleh Imam Al-Tirmizi di dalam al Syamail al Muhammadiah, Abdullah Ibn 'Amru r.a berkata: "Pada masa Rasulullah SAW (hidup), pernah terjadi gerhana matahari. Maka Rasulullah SAW mengerjakan solat hinggakan seolah2 Baginda SAW tidak akan rukuk (kerana trlalu lama berdiri). Kemudian Baginda SAW rukuk, seolah2 Baginda SAW tidak akn mengangkat kepalanya. Kemudian Baginda SAW mengangkat kepalanya seolah2 Baginda SAW tidak akan sujud. Kemudian Baginda SAW sujud, seolah2 Baginda SAW tidak akan mengangkat kepalanya (dari sujud). Kemudian Baginda SAW menghembuskan nafasnya dan menangis serya berdoa:

"Wahai Tuhanku! bukankah Engkau telah berjanji kepadaku, bahawa Engkau tidak akn mengazab mereka selagi aku berada bersama mereka. Bukanlah Engkau telah berjanji kepadaku bahawa Engkau tidak akan menyiksa mereka, selagi mereka memohon keampunan, sedangkan kami memohon keampunan kepadaMu".


Apabila Baginda SAW selesai melakukan solat dua rakaat, matahari terang kembali. Baginda SAW pun berdiri, lalu mengucapkan pujian kepada Allah. Kemudian Baginda SAW pun bersabda, " Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua tanda dari tanda2 kebesaran Allah. Kedua2 nya tidak akan gerhana kerana kematian seseorang dan tidak pula terjadi kerana kelahiran seseorang. Apabila terjadi gerhana, bersegeralah kalian berzikir mengingati Allah".


Gerhana adalah salah satu dr tanda2 Kiamat:
Maka (hari kiamat akn datang) apabila pemandangan menjadi terpendar-pendar (kerana gerun & takut), dan bulan hilang cahayanya, dan matahari serta bulan dihimpunkan bersama (gerhana)


(Surah:Al-Qiyamah 7-9)

-------------------------------------------------------------


Malangnya.....


Betapa ramai umat Islam pd zaman ini yg memandang remeh dan tidak gentar bertemu dgn kejadian gerhana ini...(termasuklah AKU!)...Sedangkan ia adalah saat2 yg begitu mencemaskan penghulu sekelian manusia, Nabi Muhammad SAW.


Berapa ramai yg leka dan asyik dengan pekerjaanya...(termasuklah AKU!)...Sedangkan para salafussoleh begitu cemas dan gentar. Mereka berkejaran dan segera mengerjakan solat dan berdoa apabila menyaksikan fenomena ini sehinggalah kejadian yg mencemaskan ini berakhir.
Semoga Allah mengampunkan segala dosa2 kita...Amin




u might also like this story

25 July 2009

P.A.N.E.L Hospital

....semalam, bersamaan 24 hrbln 7, aku dah wat satu posting yg brtajuk "Protecting Ur Loved Ones"..agak2 korang paham tak TABLE yg aku buat tu??? simple kan??? kalo xpham, xtau ar...hehe!! Actually aku nak wat yg lebih baik...sebab nk tunjukkan kat korang semua, betapa bestnyer and untungnya korang amik satu PLAN dr Prudential BSN Takaful ni...because of the time constraints, tu jek yg mmpu aku tunjukkan...dari aspek kebaikan dan juga kelebihan Plan Takafulink dan Medical Card from PruBSN..

...Formula kat bawah ni, tercipta dr rumusan yg aku dapat selepas hampir 5 bulan aku jd seorang agent Takaful PruBSN...(sounds cam poyo jek kan..hehe! but actually it facts!). Formula ni mmg takder kaitan antara hidup dan mati...n xder kaitan ngan syrikat kat tmpt aku bkerja ni..hehe! As I mentioned earlier, formula ni aku dpt dr perjumpaan bersama2 prospect cum client aku... Soalan wajib yg akn di tnya oleh client aku.. Fiza, berapa saya kena bayar tiap2 bulan, in order to get Full Coverage (Protection & Medical Card + Savings + Investment) ?...dan ini lah jwapannyer..dan ini lah formula nyer...


Age between 1-18 yrs old : RM 110 per month

Age between 19-25 yrs old : RM 150 per month

Age 26 and above : 7 to 12 % from your monthly salary


....this is not the end of the story...formula ni bleh di bawak brbincang...murah sgt ker...mahal sgt ker..semua bleh di runding..bacause at PruBSN, "We Understand, We Care":)


------------------------------------------------------------------------------

Kat bawah ni, adalah senarai Hospital Panel kami....seperti yg diwar2 kan sebagai tajuk kat atas tu...:)


List of Panel Hospitals as at November 2007:


Points to take NOTE:
  • Hospitals will collect full deposit upon admission with NO confirmation of coverage ( no issuance of Guarantee Letter) by PruBSN
  • Some hospitals may require excess deposit upon admission to cover any excess and other charges not covered under the terms and conditions of certificate.
  • The excess deposit or any balance shall be refunded at the discretion of the hospitals after deduction of the excess and other charges not covered under the certificate.
  • Amount of excess deposit listed below is subject to change without notification
  • PruBSN reserves the right to remove any panel hospitals from the list without prior notice.

Hospital Name & Address

Excess Deposit

Deposit

Johor

45

Medical Specialist Hospital Wisma Maria, Jalan Ngee Heng , 80100 Johor Bharu , Johor 07-224 3888 07-223 6785

- Nil

Pusat Pakar Kluang Utama No. 1, Susur 1, Jalan Beasr, 86000 Kluang, Johor 07-771 8999

07-772 8999

RM300.00

Putra Specialist Hospital (Batu Pahat) (formerly known as The Southern

Hospital, Batu Pahat) No 1, Jln Peserai, 83000, Batu Pahat, Johor 07-413 3333 07-413 3346

RM300.00

Johor Specialist Hospital 39-B Jalan Abdul Samad, 80100, Johor Bahru, Johor 07-2253000 07-2248213

RM200.00

Puteri Specialist Center 33, Jalan Tun Razak (Susur 5), 80000, Johor Bahru, Johor

07-2233377 07-2238833

RM200.00

Hospital Pantai Batu Pahat 9S, Jalan Bintang Satu, Taman Koperasi Bahagia, 83000 Batu Pahat, Johor 07-433 8811 07-433 1881

RM250.00

Melaka

Putra Specialist Hospital (Melaka) Sdn Bhd (formerly known as The Southern Hospital, Melaka) 169, Jalan Bendahara , 75100 Melaka 06-283 5888, 06-281 0518

RM200.00

Hospital Pantai Ayer Keroh 2418-1, KM 8, Lebuh Ayer Keroh , 75450 Melaka

06-231 9999 06-231 3299

RM250.00

Mahkota Medical Centre 3, Mahkota Melaka, Jalan Merdeka , 75000 Melaka. 06-281 3333

RM400.00

Negeri Sembilan

Columbia Asia Medical Centre, S'ban 292, Jalan Haruan 2, Oakland Commercial Centre, 70300 Seremban, Negeri Sembilan

06-601 1988 06-601 1848

- Nil

N.S Chinese Maternity Medical Centre Jalan Tun Dr Ismail, 70200 Seremban , Negeri Sembilan. 06-762 2104, 06-763 0407

- Nil

Nilai Cancer Institute PT 13747, Jalan BBN 2/1 , 71800 Nilai, Negeri Sembilan.

06-850 0999, 06-850 0733

- Nil

Seremban Specialist Hospital Lot PT 6219 & PT 6220, Jln Tioman 1, Kemayan Square, 70200 Seremban 06-7677800 06-7675900

RM200.00

Kuala Lumpur / Selangor

Pantai Cheras Medical Centre 1 Jalan, 1/96A, Taman Cheras Makmur , 56100 Kuala Lumpur 03-9132 2022 03-9132 0732

- Nil

Sentosa Medical Centre 36, Jalan Chemur, Kompleks Damai, 50400 Kuala Lumpur

03-4043 7166, 03-4043 7661

RM200.00

Pantai Indah Medical Centre Jalan Perubatan 1 , Pandan Indah , 55100 Kuala Lumpur

03-4289 2828, 03-4289 2829

RM300.00

Tung Shin Hospital 102, Jalan Pudu , 55100 Kuala Lumpur 03-2072 1655 03- 2070 0345

RM500.00

Hospital Pusrawi Sdn Bhd Lot 149, Jalan Tun razak, 50400 Kuala Lumpur

03-2687 5000 03- 2687 5016

- Nil

Assunta Hospital Jalan Templer, 46900 Petaling Jaya , Selangor

03-7680 7000 /03 -7781 6902/ 03-7781 4933

RM200.00

Gleneagles Hospital Kuala Lumpur 282 & 286 Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur

03-4255 2707 /03-4255 2711

RM300.00

Subang Jaya Medical Centre 1, Jalan SS12/1A, 47500 Subang Jaya, Selangor

03-56341212 /03-5630 6075

- Nil

Sri Kota Medical Centre Jalan mohet , 41000 Klang , Selangor

03-3373 3636 /03-3376 3888

RM200.00

KPJ Kajang Specialist Hospital (formerly known as Sentosa Medical Centre Kajang) Batu 14, Jalan Cheras , 43000 Kajang , Selangor

03-8769 2999 /03-8769 2808

RM200.00

Sunway Medical Center No5, Jln Lagoon Selatan, Bandar Sunway, 46150, Petaling Jaya, Selangor. 03-7491 9191 03-7491 0242

RM300.00

Ampang Puteri Specialist Hospital No.1, Jalan Mamanda 9, Taman Dato'Ahmad Razali, 68000, Ampang, Selangor

03-4270 2500/ 03-4270 2443

RM200.00

Tawakal Hospital 202-A Jalan Pahang, 53000 Kuala Lumpur 03-4023 3599 03-4022 8063

RM200.00

Damansara Specialist Hospital No. 119 Jalan SS 20/10, 47400 Petaling Jaya, Selangor

03-7722 2692/ 03-4270 2443

RM200.00

Pantai Medical Centre 8, Jalan Bukit Pantai, 59100 Kuala Lumpur

03-2296 0888 /03-22960832

- Nil

Kelantan

Universiti Sains Malaysia USM, Kampus Kesihatan, 16150 Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan 09-766 3137

- Nil

Perdana Specialist Hospital Lot PT37 & PT600, Seksyen 14, Jalan bayam. 15200 Kota Bharu, Kelantan 09-745 8000 /09-747 2877

RM200.00

Kota Bharu Medical Centre P.T 179-184, Jalan Sultan Yahya Petra, Lundang, 15150 Kota Bharu, Kelantan 09-743 3399/ 09-747 8271

- Nil

Terengganu

Kuala Terengganu Specialist Hospital No. 443B, Jalan Kamarudin, 20400 Kuala Terengganu, Tereangganu 09-624 5353 /09-626 5211

RM400.00

Pahang

Kuantan Medical Centre 1, Jalan Tun Ismail 9, 25000 Kuantan , Pahang

09-514 2828 /09-516 3753

- Nil

Kuantan Specialist Hospital 51 Jalan Alor Akar, 25250 Kuantan, Pahang

09-567 8588 /09-567 8098

RM200.00

Sabah

Sabah Medical Centre Lorong Bersatu, Off Jalan Damai Luyang, 88300 Kota Kinabalu, Sabah 088-222922 /088-243540

- Nil

Rafflesia Medical Centre

Lot 5, 6, 7, 8, Milennium Commercial Centre, Off Jalan Lintas, Kepayan, 88200 Penampang,Kota Kinabalu,

Sabah 088-272630/088-272640

- Nil

Damai Specialist Centre DSC Building, Lorong Pokok Tepus 1, Off Jalan Damai, 88300 Kota Kinabalu, Sabah 088-222922 /088-243540

RM200.00

Sarawak

Normah Specialist medical centre Lot 937, Sek 30, KTLD, Jalan Tun Abdul Rahman, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak 082-440055 082-442600

RM500.00

Rejang Medical Centre 29, Jalan Pedada, 96008 Sibu, Sarawak 084-330733 /084-327342

RM300.00

Sibu Specialist Medical Centre 52A-F, Brooke Drive, 96000 Sibu, Sarawak

084-218800/ 084-219900

- Nil

Timberland Medical Centre Lot 5164-5165, Blk 16, KCLD, Taman Timberland, Rock Road, 93250 Kuching, Sarawak

082-234466 /082-244273

- Nil

Columbia Medical Centre, Miri Lot 1035-1039, Jalan Bulan Sabit, CDT 155, 98009 Miri , Sarawak. 085-437755 085-425677

RM500.00

Kuching Specialist Hospital Lot 10420 Block 11, Tabuan Stutong Commercial Center, Jalan Setia Raja, 93350 Kuching, Sarawak.

082-365777/ 082-364666

RM200.00

Perak

Pantai Putri, Ipoh 126, Jalan Tambun, 31400 Ipoh, Perak 05-5484333 05-5458168

RM50.00

Apollo Medical Centre 271, Jalan Taming Sari, 34000 Taiping, Perak

05-8056000/ 05-8076000

RM200.00

Fatimah Hospital 1, Leboh Chew Peng Loon, Ipoh Gardens, 31400 Ipoh, Perak

05-5455777 /05-5499237

- Nil

Ipoh Specialist Hospital 26, Jalan Raja Dihilir,30350 Ipoh, Perak

05-241 8777/ 05-254 1888

RM200.00

Penang

Bagan Specialist Centre Jalan Bagan 1, 13400 Butterworth 04-3322800 04-3312806

RM200.00

Pantai Mutiara Hospital 82, Jalan Tengah, Bayan Baru, 11900 Bayan Lepas, Penang.

04-643 3888

- Nil

Gleneagles Medical Centre 1, Jalan Pangkor, 10050 Pulau Pinang

04-2276111/ 04-2262994

RM300.00

Penang Adventist Hospital 465, Jalan Burmah, 10350 Pulau Pinang

04-2227200/ 04-2278512

RM300.00

Lam Wah Ee Hospital 141, Jalan Tan Sri The Ewe Lim, 16000 Pulau Pinang

04-6571888 /04-6570940

RM300.00

Tanjung Medical Centre 473, Jalan Burmah, 10350 Pulau Pinang

04-2262323 /04-2299008

RM300.00

Hope Children Hospital (Sg Ara ) 66 & 68, Jalan Dato Ismail Hashim, Sg Ara, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang

04-644 7557 / 04- 644 1557 /04-646 1559

- Nil

Hope Children Hospital (FARLIM) 26,26A,28 & 28A, Lintang Paya Terubong 3, 11060 Pulau Pinang

04-829 7926/ 04- 826 6557 /04-829 7982

- Nil

Loh Guan Lye Specialist Centre 19, Logan Road, 10400 Pulau Pinang

04-2388888/ 04-2388983

RM300.00

Island Hospital 308 Macalister Road, 10450 Penang, Malaysia

04-228 8222/ 04- 226 7989

RM300.00

Kedah

Metro Specialist Hospital No 1, Lorong Metro, 08000 Sungai Petani, Kedah

04-4238888 /04-4258888

RM200.00

Putra Medical Centre 888, Jalan Sekerat, Off Jalan Putra, 05100 Alor Star, Kedah

04-7342888/04-7348882

RM100.00

Kedah Medical Center Pumpong, 05250 Alor Setar, Kedah

04-7308878 /04-7332869

RM200.00

Strand Hospital 1, Persiaran Cempaka, Bandar Aman Jaya, 08000 Sungai Petani, Kedah

04-4428888 04

- Nil