19 August 2009

T.A.U.B.A.T

SEORANG ahli hikmah berkata, Sifat orang yang mengenali Allah ada enam:
jika ia ingat kepada Allah ia berbangga; jika ingat kepada dirinya, ia merendah diri; jika ia melihat ayat Allah (al-Quran) ia mengambil iktibar; jika ingin bermaksiat, ia menahan diri; jika ingat kemaafan Allah ia gembira dan jika ingat dosanya, ia terus memohon keampunan Allah.


Seorang ahli hikmah lain ketika ditanya: "Apakah tanda taubat diterima Allah? Jawabnya, ada empat tanda iaitu:
putus hubungan dengan kawan yang tidak baik (jahat) dan bersahabat dengan orang salih; menghentikan maksiat sebaliknya rajin melakukan perintah Allah; hilang rasa kesenangan dunia di hatinya, lalu selalu ingat kesusahan di akhirat; percaya jaminan Allah dalam soal rezeki, lalu sibuk mengerjakan perintah Allah.


Abul-Laits Assamarqandi berkata, dosa ada dua jenis iaitu antara kamu terhadap Allah dan dosa kamu sesama manusia. Dosa antara kamu dengan Allah terlepas dengan tiga syarat taubat iaitu menyesal dalam hati; niat tidak mengulangi kesalahan dan membaca istighfar dengan lidah.

Sesiapa yang melakukan tiga syarat itu, Allah ampun dosanya sebelum ia bangun dari tempat duduknya, kecuali jika ia meninggalkan fardu diwajibkan Allah. Selepas ia menunaikan fardu diperintah lalu menyesal dan beristighfar, Allah mengampunkan.

Namun jika dosa kamu sesama manusia, selagi mereka tidak memaafkan atau menghalalkannya, tidak berguna taubat bagimu.
Sumber Abullaits Assamarqan dalam buku, Tanbihul Ghafilin
-----------------------------------------------------


Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan..


"Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat , dan dilakukan pada hari Jumaat.

:

:

:

Oleh itu kpd sume pembaca...aku nak mohon ampun dan maaf, sekiranya tulisan ku di blog selama ini, ader mengguris mana2 perasaan. Aku manusia biasa, yg tak lari dr melakukan kesalahan, baik yg aku sedar @ yg tak sedar..Ampunkan aku yer!

Kepada kawan2...baik yg kat kampung,kwn2 sekolah,kwn2 UiTM,kwn2 FSTEP, kwn2 Prudential, kwn2 YM, kwn2 blogger, kwn2 lama, kwn2 baru...saper lg?? saper2 la yg anggap aku ni kwn dyorg... Aku nk mintak maaf dr hujung rambut smpai hujung kaki, di ats semua kesalahan yg aku pernah lakukan dengan sengaja @ tak sengaja. Aku ni orgnyer bnyk n suka bercakap...tak mustahil, dlm bnyak2 yg aku bebelkan tu...mesti ader yg terkasar bahasa, terguris perasaan saper2 yg mendengarnya.... Aku intak maaf yer!! Maafkanlah aku..."from bottom of my heart"

----------------------------------------------------

InsyAllah Sabtu ni, kita start berpuasa..selamat berpuasa sume!

Allah menyebut secara khusus dalam al-Quran, Ramadan adalah bulan yg amat istimewa kepada umat Islam kerana malam dan siangnya menyajikan pelbagai keberkatan. Oleh itu, Ramadan bulan mulia yang sewajarnya ditunggu dengan penuh kegembiraan.


1 comment:

afendi ariff said...

nak mintak maaf jugak & selamat berpuasa.