23 October 2009

Sifat wanita yg perlu lelaki tahu.






Aku dapat 'benda' ni dr seorang kenalan..saje nak share ngn korang. Time aku baca, mcm2 bnda yg wat aku pikir..ni lah aku! Org bg srh baca..baca jek la! Tok sah la nak dok pikir2 plak!



"Pikir tu simple sikit bleh tak?", ayat feveret leader aku! hihi.

"Ko tu yg suka pkir bukan2!',yg ni ayat besfren aku plak!huhu



Salah ker aku brpikir? Lantak korang lar...hehe!

Jooo00mm kita layan "benda" tu kat bawah ni-----------







1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
Fiza: tough btul ‘wanita’ yg mcm ni..spnjang 26 thun aku hidup, xpenah aku sedih tnpa kluarkan airmata! Bkl suami aku kena btul2 ‘tough’ la..hihihi!

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
Fiza: MAAF pastu wat mcm xder bnda yg brlaku! dasar LELAKI..xkuasa nk layan..huh!

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).
Fiza: Xpenah la rs putus hati@cinta..tp aku stuju ngn statement ni. Stuju sgt2!

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
Fiza: Sekiranya AKU jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikiranku walaupun ketika aku sedang mncuci pnggan,mngemas rumah..plig truk pun smpi msuk mimpi.. Hahahaha!

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!
Fiza: We will see..one fine day!hihi


6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.
Fiza: ckp terima kasih sudaaah..

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diriwanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.
Fiza: Ya betul!


8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.
Fiza: Statement ni pun aku suka gak!

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
Fiza; Luahan perasaan yg slalu aku buat ngn kwn baik aku..luahan yg kdg2 terluahkan perasaan! Haha..


10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.
Fiza; Lelaki tu yg sbnarnya TAK guna..

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
Fiza; kalo aku bleh jadi giler..serius brtmpat la wei! 24 jam nak serius, skit ke aper??

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.
Fiza:I think it’s me.. Hahahaha!!


13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan.
Fiza; Senyum tu kan satu sedekah…biarlah lelaki tu snyum pun…hihi!


14. Jika kamu menyukai sorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.
Fiza; …kerana shbat bleh brkongsi sume cerita@ msalah!


15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.
Fiza; Bunga bukan sekuntum..carilah org yg boleh hargai diri kita…cewah!


16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu, teruskan usahamu untuk memikatnya.
Fiza; TAK guna btul pompuan camni..jgn lah di wat main2 prasaan kaum adam tuuu..


17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!
Fiza; Don’t assume!


18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.
Fiza; Aku TAK suka statement ni..ALLAH adalah sebijak2 perancang!


19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis, cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.
Fiza; TAK payah! It looks fake, u’know! Biar ‘romantik’ tu dtg dr HATI..tlg ar ikhlas dlm stiap prbuatan..


20. Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.
Fiza; Aku dpt rasakan aku mcm tu! Haha


21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!
Fiza; TAK ader ‘bekas’ yg perlu diingat..


22. Satu ucapan �Hi� sahaja sudah cukup menceriakan harinya.
Fiza; ye ker?? Pndpat masing2 kann…


23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
Fiza; seorang yg ceria mcm aku..biasanya mnangis dlm hati…cewah! Hihi..


24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.
Fiza; Mmg celaka(maaf kurang sopan!)


25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa
sebarang kompromi.
Fiza; Cinta adalah pnyatuan 2 jiwa..pelengkap antara satu sama lain..pasangan yg bertemu di dunia dan bercinta semula di akhirat.


26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..
Fiza; Cinta sepenuh hati yg bawa kebahagiaan di dunia & akhirat.


27. Senjata wanita adalah airmata!!
Fiza; Aku bosan ngn tangisan..tp aku mmg dilahirkan didunia sbgai insan yg mudah mngalirkan airmata..huhu!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.
Fiza; Kalau trjadi kat aku..msti aku nangis kegembiraan! Nangis lagi…bosan btul! hehe

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So, kalau nak memikat wanita pandai-pandailah�
Fiza; Lumrah manusia..baik lelaki mahupun pompuan.


30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.
Fiza; CINTA itu biarlah IKHLAS..bukan paksaan!