23 October 2009

Sifat wanita yg perlu lelaki tahu.






Aku dapat 'benda' ni dr seorang kenalan..saje nak share ngn korang. Time aku baca, mcm2 bnda yg wat aku pikir..ni lah aku! Org bg srh baca..baca jek la! Tok sah la nak dok pikir2 plak!



"Pikir tu simple sikit bleh tak?", ayat feveret leader aku! hihi.

"Ko tu yg suka pkir bukan2!',yg ni ayat besfren aku plak!huhu



Salah ker aku brpikir? Lantak korang lar...hehe!

Jooo00mm kita layan "benda" tu kat bawah ni-----------







1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
Fiza: tough btul ‘wanita’ yg mcm ni..spnjang 26 thun aku hidup, xpenah aku sedih tnpa kluarkan airmata! Bkl suami aku kena btul2 ‘tough’ la..hihihi!

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
Fiza: MAAF pastu wat mcm xder bnda yg brlaku! dasar LELAKI..xkuasa nk layan..huh!

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).
Fiza: Xpenah la rs putus hati@cinta..tp aku stuju ngn statement ni. Stuju sgt2!

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
Fiza: Sekiranya AKU jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikiranku walaupun ketika aku sedang mncuci pnggan,mngemas rumah..plig truk pun smpi msuk mimpi.. Hahahaha!

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!
Fiza: We will see..one fine day!hihi


6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.
Fiza: ckp terima kasih sudaaah..

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diriwanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.
Fiza: Ya betul!


8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.
Fiza: Statement ni pun aku suka gak!

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
Fiza; Luahan perasaan yg slalu aku buat ngn kwn baik aku..luahan yg kdg2 terluahkan perasaan! Haha..


10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.
Fiza; Lelaki tu yg sbnarnya TAK guna..

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
Fiza; kalo aku bleh jadi giler..serius brtmpat la wei! 24 jam nak serius, skit ke aper??

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.
Fiza:I think it’s me.. Hahahaha!!


13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan.
Fiza; Senyum tu kan satu sedekah…biarlah lelaki tu snyum pun…hihi!


14. Jika kamu menyukai sorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.
Fiza; …kerana shbat bleh brkongsi sume cerita@ msalah!


15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.
Fiza; Bunga bukan sekuntum..carilah org yg boleh hargai diri kita…cewah!


16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu, teruskan usahamu untuk memikatnya.
Fiza; TAK guna btul pompuan camni..jgn lah di wat main2 prasaan kaum adam tuuu..


17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!
Fiza; Don’t assume!


18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.
Fiza; Aku TAK suka statement ni..ALLAH adalah sebijak2 perancang!


19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis, cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.
Fiza; TAK payah! It looks fake, u’know! Biar ‘romantik’ tu dtg dr HATI..tlg ar ikhlas dlm stiap prbuatan..


20. Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.
Fiza; Aku dpt rasakan aku mcm tu! Haha


21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!
Fiza; TAK ader ‘bekas’ yg perlu diingat..


22. Satu ucapan �Hi� sahaja sudah cukup menceriakan harinya.
Fiza; ye ker?? Pndpat masing2 kann…


23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
Fiza; seorang yg ceria mcm aku..biasanya mnangis dlm hati…cewah! Hihi..


24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.
Fiza; Mmg celaka(maaf kurang sopan!)


25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa
sebarang kompromi.
Fiza; Cinta adalah pnyatuan 2 jiwa..pelengkap antara satu sama lain..pasangan yg bertemu di dunia dan bercinta semula di akhirat.


26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..
Fiza; Cinta sepenuh hati yg bawa kebahagiaan di dunia & akhirat.


27. Senjata wanita adalah airmata!!
Fiza; Aku bosan ngn tangisan..tp aku mmg dilahirkan didunia sbgai insan yg mudah mngalirkan airmata..huhu!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.
Fiza; Kalau trjadi kat aku..msti aku nangis kegembiraan! Nangis lagi…bosan btul! hehe

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So, kalau nak memikat wanita pandai-pandailah�
Fiza; Lumrah manusia..baik lelaki mahupun pompuan.


30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.
Fiza; CINTA itu biarlah IKHLAS..bukan paksaan!

15 October 2009

Memilih @ no choice???



Doa pilihanku...


"Ya Allah... Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku. .. Di dunia dan di akhirat... Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini.... Jangan engkau biarkan aku sendirian... Di dunia ini mahupun di akhirat.... Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran. .. Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman... Supaya aku dan dia sama2 dapat membina Kesejahteraan hidup... Ke jalan yang Engkau redhai... dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh...."


aku smbung lagi...


"Ya Allah ya tuhanku... Pasrahkanlah aku dengan takdirmu... Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan... Adalah yang terbaik buat ku.... kerana engkau maha mengetahui.. . Segala yang terbaik buat hamba Mu ini... "

Amin.. Ya Rabbal A'lamin. .




-----------------------------------------------------

Hari ni aku dpt 2 pnggilan telepon..sorang umur 21 thn, perempuan,single dan sorang lg suami orang. Bukan mslah umur atau jntina mahupun status dyorg yg aku nak sntuh kat sini..cuma pnggilan dr mereka tadi,pd hari yg sama plak tu...mmbuatkan aku trpikir...



Memilihkah AKU???


(xckup ngn bold aku merahkan skali kaler ayt tu!hehe!!)



Panggilan Pertama


F: Blk BP tak kak?


Aku: Xtau lg la..pe2 hal tggu adik akk..duit pun kena tgk gak ni..hehe!


F: Dah start smpan duit eh kak?


Aku: Mestilah..kata nk kawin! (dgn nada brgurau)


F: Tau..saje jek tnya..ngan saper ek?(nak kenakn aku blik!)


Aku: Hehehehahaha!


*dgn hany ketawa..aku dihadiahkan ngan satu nasihat yg pnjang lebar..dr bdk bwh umur!


F: Kak, ko jgn memilih kak...umur tu dah 26..taun depan 27..bla..bla..bla..(xsanggup aku nk tlis kat sini...hehe!)


Aku: Sape plak yg ckp akk memilih ni? Dah xder org ckp suka kat kita..xkan nak pksa org2 tu suka kat akk plak.


F: Abis tu akk ader suka kat org tak?


Aku: Seorang prmpuan yg normal...mstilah ader dik..


F: haaa apalagi...bgtau jek la kat dia...takpun bg 'hint' ker..


Aku: Akak ke yg kena start? ermmm...xpela.


F: Abis tu?


Aku: Akk tggu llaki tu yg start dulu! That's it!

*...dan mcm biasa, sbgai seorng yg pakar...aku pun tukar topik...hihihi!



Panggilan Kedua


Panggilan ni aku yg buat...nak brtnya kabar kwn aku yg baru mlagsungkan prkahwinannya sabtu lepas.. Selang bape mnit brckp ngn kwn aku tu..aku ckp plak ngn laki dia..


Aku: How's y0ur life? Camner hidup brdua?


T: Piza kena kawin dulu la...hehe! Dlm proses mnyesuaikan diri lagi ni..yelah, dulu sorang jek, skrang brdua..


Aku: InsyAllah boleh bang..


T: Piza bila? Bila nak rasa ns mnyak ni?


Aku: hihi...tgh doa la ni..berserah pd Tuhan Yang Esa...hihi


T: Jangan memilih sgt piza..kalo ader depan mata..yg baik..watper nak tggu lama2?


Aku: Ade ker? Saper? Bgtau skit.. (Aku dgr sore bini dia ketawa kat blakang..suka la tu aku kena basuh ngn laki dia!)


T: Piza bagi lah respond...


Aku: Sudahhhh..

*...dan sperti biasala..topik "aku nk kawin bila' telah brjaya aku tukarkan ke topik yg lain! hehehe



--------------------------------------------------------



"Memilih" satu prkataan yg sukar nak ditafsirkan


Pemilihan yg tepat dpt mnjamin kebahagiaan didunia & akhirat


Pilih lah kamu dr golongan yg beriman


Semoga Allah memberi petunjuk bg ku


Agar aku dpt bertemu dgn pasangan hidupku


Kalau perasaan ku sukar nak di mengertikan..


Aku berserah pd Yang Berkuasa..


Dia lebih bijaksana..


Dia lebih mengetahui..apa yg terbaik untuk hamba2Nya..


Yang Terbaik untukku di Dunia & Akhirat

07 October 2009

aku ada payung...kamu?




Have you ever walking down the street during rain without using an umbrella? Everyone should have once and should end up wet. If you are not getting cold on the next day, then you are lucky. (Kalau aku kena ujan..esok dah tak pi keja..kpala berat cam kena hempap batu! Tp biasanya aku gi keja gak..demi sesuap nasi…hehe!)


Its so simple, thats what will do if you are not using a protection. And its just a rain, how about if you are not using protection in more dangerous and harmful situation? Even my self didn’t want to imagine that. Tak Sanggup! Bkn stakat mnyusahkan diri sendiri, tp org lain trkena gak tempiasnya..sian kat MAK & ABAH aku..isk isk!


Well folks, the hard fact about the whole story above is simple, without protection you could endangered and risking your self from any misfortunes that may occur anytime.


Pepatah Melayu pun ader ckp..”Sediakan Payung Sebelum Hujan”




DON’T
:
:
:


1. Dah hujan br sibuk nak cari payung

2. Tak hujan lg, tp dah renyai2..tu pun wat dek jek!

3. Org lain sibuk beli payung..kita dok tengok jek!

4. Payung dah beli, tapi tak penah dibelek2, @ nak diteliti..



Thats why people invented insurance, this is a thing that will covered and protect us due to bad circumstances.

We couldn’t be sure when we will get sick, being forced to lay down our job or even worse, who will taking care of your family if you suddenly passed away?


Although, no one like to talk about misfortunes and bad thing in the future, but its happen and its a real deal. If you are kind or person that not yet aware about the importance of being protected, than you must start thinking about it seriously.

Tolong ar pikir....


p/s Actually, idea ni dtg dgn tiba2..pentingnya insurans..nak aku ckp lg ker? Xyah la..majoriti dah tau..tp majority jugak yg xtau tp pura2 tau..xpela..tu hak individu..tp pd aku insurans@takaful tu teramatlah penting! Sebab pd aku INSURANS IS ALL ABOUT LOVE! (my future hsband pun kena sama pndpt cam aku ni!hihi)




* kalo tak malam ni…mybe esok aku smbung..aku nak elaborate lg psl ‘DON’T’ tu…

-----------aku kena smbung keja ni-------------

06 October 2009

...di mana kamu ya ranting???








Cite yg aku baca...n trpikir akan kelogikannya...hehehe! Lg 1, jgn lupa klik website kat bawah tu..aku mmg trpikir nak bli eb0ok tu...tp nntilah...aku kena cari ranting dulu...ni ranting pun xder..camne plak nak tebang pokok! hihihi! msti korang confius..pe2 hal pun layan dulu cite kat bawah ni..then, br bleh paham konsep ranting & pokok tu...hehe. Slamat mmbaca!
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya...

pelajar: guru, apakah erti cinta..? bagaimanakah saya boleh mendapatkannya...?

guru: ada sebuah ladang gandum yang luas didepan sana. berjalanlah kamu dan jangan sesekali kamu berundur. kemudian ambillah satu ranting. sekiranya kamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telah menemui cinta.

~~pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong.

guru: mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun...?

pelajar: saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja, dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur kebelakang semula. sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah ada lagi yg lebih menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu. Tetapi saya dapati tidak ada lagi ranting yang lebih menakjubkan selain dari yang saya lihat tadi. Akhirnya, saya tidak mengambil sebatang ranting pun.

guru : Itu lah CINTA...
--------------------------------------------------------------------------



~~dihari lainnya pula pelajar tersebut bertanya kepada gurunya, apa itu perkahwinan...?

guru: ada hutan yang subur didepan sana. berjalanlah kamu. tapi janganlah kamu sesekali mengundur kebelakang. tebanglah sepohon pokok saja. dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yang paling cantik,segar dan tinggi.

~~pelajar tersebut pun berjalan, dan tidak berapa lama, dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut.

guru : mengapa kamu memotong pohon seperti ini....?

pelajar: sebab, berdasarkan pengalaman ku sebelum ini, aku takut akan kembali dengan tangan kosong. Lalu,aku hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan terus mengambil keputusan untuk menebang pokok ini. Yang penting, ianya adalah pohon yang terbaik pada pandangan saya. Saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya...

guru: itulah perkahwinan.......

.
.
.
.
.
.
.
Kesimpulannya... janganlah terlalu memilih, tiada manusia yang sempurna di dunia ini.

Kalau dah dapat yang rasa macam ok jer tu.. rembat je cepat..

Lepas tu, cepat-cepat kumpul duit kahwin dan langsungkan perkahwinan..

Kalu tak cukup duit nak buat kahwin, jangan risau, boleh gi website ni..

http://www.maskahwin.com/index.php?ref=fiza2304

Insyallah, dapat membantu.

05 October 2009

mcm-mcm ada....








Bnyak bnda nak tulis..

Banyak prkara yg bersarang kat kepala ni..

Nak start yg mana satu ek??

Jap..aku pilih dulu..


Haaa dah jumpa! Tulis yg ni la...emmm pnjg sgt la plak citernye..kang ader plak yg ingt aku ni tgh karang cite telenovela..huh!

Search again..aaahaaa! Dh jumpa...tp kan..cam xbest jek...cam bosan jek! haaaa..simpan blik!

Last aku carik ni...aku scan satu prsatu cerita yg aku simpan dgn kemasnyer di otak aku ni...



Akhirnya...


Finally...


Saatnya...
Aku mnyedari....


Aku tiada bakat menulis @ mengarang ayat dgn baik....
Hampeh btul!



Aku smpn blik semua crita tu kat tmpt yg spatutnya. Cukup la tu! Aku taknak hidup dlm kenangan jek! xder bnda yg baru pun..tu sume kenangan!


Disebabkan, aku ni dilahirkan sebgai seorng yg baik hati..so aku tulis jugak la apa yg aku nak share td.. Tp xderlah pnjang2..ckuplah stakat 'Title' ciptaan aku ni..hihi!


-Gegaran kat rumah & Getaran hati aku

-Ada aper ngn gmbar? aku xmntak,dia yg bg.. ingtkan aku 'special'..rupanya org lain pun dpt gak!

-Abah ngn frame air terjunnya..mak ngn kain elanye..aku ngn pahalanya

-Biar ko rasa, ape yg aku rasa...tu pun kalo ko ader prasaan ar..huh!

-Thanks Miss Wawa! Ade saper2 nak sign up insurans ngn aku lg??

-Hawa dah nak kawin...sedih+hepi+teruja+aku pun nk kawin gak!huhuhu.

-Stress!...aku doakan ko cpt2 sembuh yer. Solat jgn tnggal bro! Doa bnyak2 key!

-Aku syg sume kwn2 aku..baik yg kat kmpung, kat skolah, kat UiTM, FSTEP..


Sharing is Caring..kal0 kurang keja es0k, aku smbung...